Posts

Showing posts from March, 2024

ARC Book Review: Ahkam Syar´iyyah Johor

Image
Judul : Ahkam Syar´iyyah Johor Penulis: Pejabat Mufti Johor Bahru 13 Nov 1935 Pendahuluan: Syed Alawi bin Tohir Al-Hadad, Mufti Negeri Johor Penerbit: Bahagian Undang-Undang Syariah, Jabatan Agama Islam Negeri Johor 1. Kesilapan Suruhanjaya Reid sewaktu menggubal Perlembagaan Persekutuan 1957 adalah kegagalan melihat pelaksanaan undang-undang Islam yang telahpun bertapak di semenanjung seawal abad ke 14. Buktinya? Batu Bersurat Trengganu tahun 1303, Hukum Kanun Melaka tahun 1446, Undang-Undang 99 Perak 1577 dan yang terkemudian adalah Ahkam Syar’iyah Johor dibukukan pada 1935. 2. Mungkin ada yang berfikiran, jika dah tahu kedudukan Federal Constitution meminggirkan undang-undang Islam kenapa Raja-Raja Melayu terima?. Pada masa itu kena lihat faktor suasana dan demografi politik antarabangsa. Dunia baru selesai perang dan tiada banyak pilihan. 3. Tanah Melayu mahu merdeka tapi masih memerlukan perlindungan negara kuasa besar, Kesan pergolakan Indonesia walau merdeka 1945 adalah menakutk...